Nur Dahiyah Khadijah.. Eh betul ke tak aku eja nama si kecik ni. Yang pasti nama FBnya NDK.
 |
| NDK.. She'll be strong girl one day. InsyaAllah. |
Ini anak bongsu maksu Intan aku. Usia baru setahun lebih. Tapi Allah nak menguji iman Maksu sekeluarga dan NDK, Allah beri penyakit pada NDK. Kanser mata. Memang menyedihkan kami sekeluarga. Bayi sekecil ini diberi ujian yang sungguh berat.
Tapi aku salute maksu dan paksu. Dorang tak pernah putus harapan cuba macam-macam rawatan untuk NDK. Kimoterapi berulang-ulang kali perlu si kecil ini lalui. Hingga satu ketika terpaksa dicucuk terus ke dalam mata.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk maksu sekeluarga. Minggu lepas mata kanan NDK terpaksa juga dibuang kerana sel kanser tak berjaya dirawat dengan kimoterapi. Sedih jugak aku. Tapi kita sebagai umat Islam yang beriman pada qada dan qadar harus yakin dengan segala ketetapan Allah. Allah knows best.
Kepada maksu dan paksu.. Jangan kalah dengan ujian yang Allah turunkan. Pasti ada nikmat yang Allah sembunyikan disebalik kesusahan hari ini. Bak kata orang Melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Erk.. ada kaitan tak ni? Anyway, be strong. Kita family andong.
 |
| Selepas balutan mata dibuka. |
Kepada Khadeeja, walaupun adik Dahiyah tak boleh baca lagi, angah ucapkan awal-awal. Semoga Dahiyah jadi gegirl yang strong. Walau apa pun keadaan Dahiyah, ingat mama and papa memang sayang kat Dahiyah. Bak kata your mama 'you are her angel'.. Be strong girl. Biar kita cacat fizikal jangan cacat iman. Muaaahhhh...
p/s: Tolong doakan kesihatan untuk NDK dan kekuatan untuk my maksu sekeluarga. Ini
blog maksu aku.