Ramai kawan-kawan aku yang masih serabut untuk mencari kerja, tetapi aku pulak serabut nak pilih kerja. Aku bersyukur kerana Allah makbulkan doa aku supaya dimurahkan rezeki dalam mencari pekerjaan. Sujud syukur pasti tidak dilupakan.
Namun begitu, Allah telah beri sedikit ujian untuk aku memilih dan menentukan masa depanku. Aku perlu pilih antara terus bekerja di tempat sekarang atau mencuba persekitaran yang baru. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan risiko. Berada di tempat lama bermaksud mereka telah mengetahui kelebihan dan kelemahan kau. Aku hanya perlu tingkatkan prestasi. Di tempat baru aku perlu bermula dari bawah. Biar mereka nampak kemampuan aku. Kena bekerja kuat seperti aku praktikal selama 6 bulan.
Aku suka sesuatu yang baru. Di tempat baru aku akan diberi peluang untuk pergi ke pelabuhan. Memandangkan itu syarikat berkaitan maritim. I like! Tapi kalau kat syarikat lama aku kena banyak buat research dan merangka projek (a.k.a guna otak banyak) di mana boleh memberi aku peluang menjadi somebody. It's my dream. Tanya lecturer aku "Kamu nak pilih minat atau get something?" Aku seriously blur.
Kalau dulu aku ingat aku nak masuk kerajaan. Senang tengok mak abah yang kerja kerajaan. Tapi bila aku mula bekerja di syarikat sekarang, aku sedar yang aku boleh jadi someone. Sama macam Pak Cik aku. Aku seorang yang penuh dengan perancangan. Kalau boleh aku nak kerja swasta 5 tahun sebelum beralih ke kerajaan. Aku tak nak aku menyesal. Untuk jadi someone dalam kerajaan adalah sangat sukar. Sekurang-kurangnya biar aku mencapai something sebelum aku masuk berehat di dalam kerajaan. Hahaha
Tapi buat masa sekarang aku seakan-akan dah dapat petunjuk selepas banyak berdoa meminta petunjuk. Cuma aku masih takut nak buat keputusan. Esok adalah hari terakhir aku buat keputusan. Semoga semuanya dipermudahkan.


0 orang suka pot-pet:
Post a Comment