Semalam company aku buat jamuan makan-makan dan tukar-tukar hadiah sempena Christmas agaknya. Kalau ikutkan aku tak boleh excited nak join benda-benda ni. Sebagai umat Islam kan kita tak boleh meraikan perayaan bukan agama kita. Maka aku pun meniatkan diri aku sekadar join jamuan syarikat.
Aku lupa nak beli hadiah masa tu. Waktu rehat terpaksa la keluar pergi cari hadiah. Aku bab pilih hadiah ni memang lemah. Bajet hadiah lebih kurang RM 20. So aku decide beli Kit Kat dan gula-gula. On the way nak balik, jumpa office mate. Diorang heret aku sekali teman diorang beli hadiah.
Dah beli hadiah, bawa aku pergi makan kat kedai belakang. Aku nampak ikan keli bakar. Perghhhh! Lama tak makan. Terus terliur. Kalau dulu kat UMP, itu la favorite aku. IKAN KELI. Disebabkan aku tak makan nasi, maka aku makan ikan je. Orang kedai boleh pulak buat tanya "Adik tak amik nasi ke?" Aku geleng kepala sambil mengunyah ikan keli. Bererti aku malas nak melayan.
Air asam dia memang perfecto. Lengkap rasanya. Serius aku tak tipu. Aku bukan selalu puji kedai makan. Sebab ada je yang tak puas di mata ku. Tapi air asam dia memang tak dapat disangkal lagi kesedapannya. The bad thing is. Mahal! Standard ikan bakar la kan. Aku tambah teh o ais limau RM6.20. Balan sebelah aku amik pari bakar, nasi dan air suam RM 7.30. Tak pe, janji aku dapat makan ikan keli.
 |
| Bihun, rendang ayam, karipap, brownies, dan macam-macam lagi. Kenyang kenyang. |
Back to the main topic. Aku bertindak menjadi photographer masa jamuan. Saja nak buat jadi kenangan saat aku tidak lagi di sini. Ambil camera company, dan menyibuk snap. Oleh sebab itu gambar aku tak banyak. Mari kita lihat gambar-gambar kami berparti.
 |
| Lawrence (my manager) and Bryan (team mate). |
 |
| Team network. |
 |
| Bersama staf-staf MyKRIS yang sporting. |
 |
| Alqaf classmate aku nih. |
 |
| Kak Daia.. Banyak ajar aku. |
 |
| Bryan. Sangat hebat. |
 |
| MyKRIS members. |
0 orang suka pot-pet:
Post a Comment