/* AKU SI PENCERITA: Aku seorang pekerja */

03 January 2012

Aku seorang pekerja

Hari ni hari pertama kerja.  Belum start busy.  Tapi macam akan busy tak lama lagi.  Setakat ni semua staff sangat sporting.  Engineer perempuan kat situ hanya aku dan Kak Shada.  Yang lain semua lelaki.  Perempuan ni tugasnya lebih kepada documentation projek-projek AMPCOP.


Inilah hasil kerja Kak Shada sorang.  Tak lama lagi meja aku pun akan penuh dengan file-file dan kertas.  Walah..  Kalau dulu masa praktikal rasa macam relax je.  Rasa macam tak payah ambil berat semua benda sebab kau tau kau tengah praktikal.  Bukan semua perkara kau boleh dan perlu handle.  Tapi sekarang tidak lagi.  Kak Shada suruh aku mula baca manual-manual devices yang bertimbun tinggi tu.  Katanya itu adalah benda yang company guna di Sabah.  So aku perlu mula kenal sikit-sikit benda-benda ni. 

Kertas yang tinggi tu la benda yang aku kena baca sikit-sikit.  Bila aku baca, aku pening.  Sebab semua pasal teknikal punya benda.  Router la, camera la, macam-macam ada.  Mula-mula aku malas nak baca, tapi saat aku sedang duduk sahaja, baru aku sedar diri yang aku dah bekerja.  Aku memang patut tau.  Nanti kalau orang tanya, aku tak tau pape, nayo den.  Ku gagahkan diri jua.

Aku bahagian project.  Bermaksud, jika company dapat projek, aku kena identify benda apa nak guna untuk projek ni, kena buat user manual, installation manual dan dokumen balik benda-benda ni untuk bagi kat Government dan sebagainya.  So, aku akan sangat busy pada permulaan project dan akhir project.  OMG!  Nasib baik aku suka buat documentation. 

Dan ini adalah tempat aku mencari sesuap nasi..

Gaji tak besar mana.  Tapi tetap harus bersyukur.   Semoga pengalaman kerja di sini berguna untuk aku di masa hadapan.

p/s:  Kira-kira bajet masa hadapan.  Tragis.



Photobucket

0 orang suka pot-pet: