/* AKU SI PENCERITA: Bahagian 2: Cerita Kota Kinabalu */

24 January 2012

Bahagian 2: Cerita Kota Kinabalu

Nasib baik kawan dari Matrikulasi Perak aku dulu masih berhubungan dengan aku.  Dia orang Kuantan.  Tapi sepanjang 3 tahun aku kat Kuantan, memang tak pernah jumpa dia.  Bila nak jumpa, ada ja halangan.  Lagipun minah ni belajar di UMS.  Doktor.

Bakal Doktor yang garang.
Aku ingat nama penuh minah ni sampai sekarang.  Sebab unik dan first time aku dengar nama ni sepanjang hidup.  Leena Khalida bt Awi.  Sedap nama ni secantik tuannya.  Rupa-rupanya dah 5 tahun kami berpisah.  Semenjak matrix umur 18 tahun sampai la sekarang dah 23 tahun.  Cepat betul masa berlalu.

First day aku kat KK, Leena bawa aku pergi makan di Tanjung Aru.  Kawasan pantai.  Malam, so aku tak nampak pantai tu cantik ke tak.  Tapi laut kat Sabah memang cantik-cantik.  Jatuh cinta jap.  Kami makan seafood.  Nyum nyum.

Makanan malam reunion kami berdua.
Dalam banyak-banyak lauk ni, aku paling suka sayur kailan ikan masin dia.  Pergh.  Serius sedap.  Yang lain biasa-biasa ja.  Makanan kat KK agak mahal.  Bila aku tanya En.Bahar apa yang special di KK.  Katanya "Di KK makanan yang special makanan Semenanjung lah" Hah??  Punah harapan aku nak makan makanan Sabah.

Sila abaiakan muka selekeh aku.  Excited nak jumpa member lama sampai aku tak pakai secalit bedak pun.

Lepas makan, kami terus balik hotel.  Cerita pasal life masa kini.  Kata Leena, orang dengar jadi Doktor ni macam best ja.  Tapi life tak ada.  Banyak cerita duka beliau sebagai seorang pelatih Doktor yang beliau ceritakan pada aku.  Kini baru aku paham.  Bukan senang nak pakai coat putih dan stethoscope di leher. 

Pagi esoknya,  Leena pulang ke UMS sebab dia dah start praktikal.  Aku pun dah start training.  Disebabkan kami tak berjalan mana-mana, hari Khamis Leena datang lagi.  Bawa pergi makan dekat Pasar Philippine pulak.  Unik dan menarik perhatian aku terhadap seafood yang bertimbun.


Pasar Philippine ni dekat je dengan hotel aku.  Kepada mereka yang nak pergi berjalan di bandar KK dan murah, duduk kat hotel aku duduk.  Imperial International Hotel.  Satu malam RM200.  Boleh tahan la.  Cuma tak dak kolam renang bagai.  Untuk balik berehat jap jap lepas penat berjalan ok la.

Uniknya pasar ni adalah, sederet meja adalah 1 kedai.  Setiap meja jual seafood.  Korang boleh pilih apa korang nak makan, nanti diorang bakar.  Yang menarik pasal KK ni adalah sambal diorang.  Nampak je cair tak menarik.  Tapi bila makan, pedas ya ampun.  Aku first time kena, sampai tersedak dan terkeluar mukus-mukus di hidung dan mata. 


Korang boleh nampak tak betapa syurga dunianya aku di Sabah.  Mak aku suruh pantang sebab doktor HKL pesan jangan makan seafood.  Tapi aku buat-buat lupa.  Dah lama aku puasa seafood.  So aku balas dendam la kat Sabah ni.  Hahah.  Bukan selalu dapat pergi Sabah.

Malam tu kami amik ikan susu, lobster dan sotong.  Aku tak suka lobster.  Isi dia keras.  Baik ketam.  Manis dan lembut.  Aku lupa nak snap gambar rumpai kat situ.  Makan fresh-fresh.  Sedap bah.  Macam korang makan telur ikan kecik-kecik dan pecah dalam mulut.  Pergh..  Warna rumpai tu hijau dan berbiji-biji macam anggur.  Tapi saiz dia kecik berganda-ganda dari anggur.  Korang serius kena cuba benda alah tu.

Kuih Cincin dan Amplang.
Lepas makan, Dr.Leena temankan aku beli kuih cincin, sedikit barang nak balik bagi member.  Aku dah jatuh hati kat kuih cincin.  Sedap.  Tapi tidak kepada amplang.  Rasa dia terlalu pekat.  Amplang ada rasa sotong, ikan, udang.  Disebabkan aku tak suka, maka aku tak beli.  Hahaha.  Kemudian dia bawa aku pusing-pusing UMS.  Cantik la UMS.  Ada pantai boleh mandi-mandi.  Kalau aku tau UMS cantik, dah lama aku apply belajar sana.  Hahaha.  Kemudian Dr. Leena bawa aku menyamar jadi Dr. Shafiqah.  Cerita ini akan disambung pada entry berikutnya....

To be continued....


Photobucket

0 orang suka pot-pet: