Di suatu pagi yang nyaman, aku usai menjalankan kerja tak rasmi ku. Mem'binding' kertas-kertas projek untuk meringankan tugas Kak Shada selepas dia pulang bercuti. Sedang aku seronok membelek-belek Google account, tiba-tiba datang Kak S PA 2nd Bos aku. Tadaaa! Bermulalah kisah kejutan.
Kak S. :"Shafiqah.. Nape tak bagi tau akak awak kena pergi Sabah?"
Aku: "Kan tak confirm sebab Kak Shada cuti"
Kak S. : "Kak Shada awak tak pergi."
Aku: "Haa? Habis tu saya pergi dengan sapa?'
Kak S. : "Kamu sorang la. Dato' yang nak kamu pergi"
GULP!
Aku mengangguk-angguk kepala sambil tersengih tak ikhlas. OMG! Alone? Naik belon? Aku rasa nak menangis ja saat tu. Aku blur, blur dan berterusan blur.
The worst thing is, aku terpaksa tunda ambil lesen. Haaa ni yang buat aku bengang. Lagi lambat la aku boleh bawa kereta. Manager aku dah tanya pasal lesen. Tu tak sabar-sabar nak suruh aku keluar pergi site la tu. Yang pastinya, aku kena pergi Sabah lagi sekali nanti sebab ada training lagi. Ok fine. Bila agaknya aku boleh buat lesen.
p/s: Mak aku dah mula start merisaukan diri berlebihan. Pesan suruh bawa buku Yasiin, tanya bawa beg mana, bawa telekung. Sabar sajork.

0 orang suka pot-pet:
Post a Comment