Umur 23 tahun pun tak ada lesen kereta lagi. Bak kata Daus suatu ketika dahulu "Orang-orang macam hang pa ni la yang akan menyusahkan orang lain nanti" kata beliau kepada aku dan Nad yang tidak berlesen. Mana tak nya, setiap kali ada aktiviti yang memerlukan kami keluar ke Kuantan, Daus tempat kami bergantung.
Aku bukan tak nak amik lesen. Tapi masa tak ada. Dari Form 1 sampai Form 5 aku duduk asrama. Habis Form 5 aku masuk PLKN. Habis PLKN aku masuk Matrikulasi. Habis Matrikulasi, aku masuk UMP. Habis UMP, aku masuk kerja. Haaa bila dah kerja, lesen ni jatuh hukum WAJIB ADO!
Memang mostly kalau nak jadi system engineer orang akan tanya pasal lesen. Sebab memang kena pergi site. Tapi entah bagaimana Dato' tak tanya langsung pasal lesen. Mungkin aku tak demand gaji tinggi dan aku buat lawak tetringgal beg lepas interview. So, disebabkan sikap aku yang kelam-kabut, beliau tertarik nak amik aku bekerja.. Duh!
Bos aku, Manger MIS dah pesan awal-awal yang aku kena pergi KLIA dan beberapa lagi syarikat-syarikat kecil bawah AMCOP untuk manage pasal ICt dorang. Aku kena pergi audit PC dan laptop untuk bagi kat pihak Microsoft nanti. Kerja aku adalah mendelete semua file-file sampah yang tak berkaitan dengan kerja dan membuang pirate software.
So, benda tu aku kena buat dalam bulan 2 dan 3 akan datang. Sebab audit last bulan 4. So, nak tak nak aku kena bawa Hilux company pergi berjalan-jalan. Merasa jugak bawa kereta besar pasni. Hahahah..
p/s: Semoga aku cekal memandu dan tidak gagal. Kegagalan akan melambatkan proses aku mendapat lesen.



0 orang suka pot-pet:
Post a Comment