Sebagai seorang mahasiswa yang telah tadika dan belajar sehingga masuk Universiti, anda seharusnya bijak menganalisis dan berpolitik. Politik bukan dengan menjerit-jerit, mencarut, merosakkan harta benda dan berbaring di jalanan. Lepas baring-baring dan berlumuran darah apa yang korang dapat? Sakit dan pecah-belahkan masyarakat Malaysia. Helloo.. please grow up.
Aku seorang mahasiswa dan aku juga Inspektor Kor Suksis (Polis). Aku tau di mana kuasa dan tanggungjawab setiap satu bahagian aku. Apabila aku menjadi orang awam, aku tau memang ada polis yang tak senonoh suka minta rasuah di jalanan. Tak semua polis itu senonoh sebab mereka itu juga manusia. Sama juga mahasiswa, tak semua mahasiswa gelojoh nak memberontak di jalanan. Tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lepas ni habislah kementerian pelajaran memandang seluruh mahasiswa UPSI sebagai virus yang akan meracuni anak didik mereka. Walaupun realitinya bukan semua.
Dan apabila aku berpakaian polis, aku memandang sesuatu perkara dari sudut undang-undang. Kalau kami melihat perhimpunan itu boleh mengancam keselamatan awam dan harta benda, ia perlu dihalang. Apabila tugas kami dihalang, anda memang bersalah. Bukan isu kasar tak kasar. Kalau korang berdiri sopan tepi jalan sambil pegang sepanduk, tak kan polis tiba-tiba nak pi baling ceti, ketuk kepala dan gari sorang-sorang? Rasional la sikit. Korang sebagai manusia, pasti marah apabila orang bertindak ganas kat korang. Habis polis ni apa? Robot? Tak ada perasaan marah dan penat bila korang bertindak ganas? Kemon la.. Mahsiswa itu manusia, polis itu juga manusia. Put yourself in other shoe.
Common guys, sebelum nak salahkan polis, cuba letakkan diri korang di tempat polis. Korang sekarang di berikan tugas untuk menyuraikan rusuhan. Setelah diberi arahan, ada yang ingkar dan bertindak memecahkan harta benda awam. Tugasan kamu: HALANG RUSUHAN! Macam mana nak buat kalau cakap tak dengar? Ketuk sorang-sorang baru sedar sakit. Korang ingat polis ni suka ke nak tangkap-tangkap orang? Dah tangkap nak buat laporan, kena turun naik mahkamah. Banyak lagi kerja kat rumah dengan anak bini nak buat dari mengadap kes-kes bangang macam ni.
Bila tangkap, jadi pergelutan. Bila polis buka langkah sikit dan orang awam terkehel, salahkan polis bertindak ganas. Cuba jangan melawan. Kalau dah rasa diri tak bersalah, biar la polis gari, bawa naik trak. Bila dah soal siasat, kalau kau tak salah. Kau bebas. Korang lari sebab korang tau benda korang buat boleh buat korang kena hukuman kan? Sebagai mahasiswa yang telah diberi amanah untuk membangunkan bangsa dan negara terutamanya mahasiswa UPSI bakal pendidik anak bangsa, kena la rasional. Jangan biar nafsu amarah melepasi akal. Kalau hidup bertuankan nafsu, kebodohan diri yang terpancar.
Aku sebagai mahasiswa sendiri ada rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Tapi aku tak cukup bodoh untuk menjadi hamba perjuangan dunia sampai menampakkan kebodohan diri. Apa kata kalau korang berpadu tenaga macam ni untuk Islam. Dari korang bising pasal AUKU, baik korang pergi mogok waktu malam New Year. Situ ramai anak bangsa kita menjual diri kepada hiburan dunia. Berjuang untuk Islam dapat pahala jihad. Untuk AUKU apa yang korang dapat?
Aku bukan takut nak bersuara. Tapi aku berpijak pada kemampuan dan tanggungjawab aku kepada mak ayah aku. Kalau korang rasa tak boleh sangat nak pergi dengan pentadbiran kerajaan sekarang. Belajar betul-betul, bina diri untuk jadi ahli politik. Dah jadi ahli politik, gubal kembali undang-undang. Biar ambil masa lama untuk gubal undang-undang ni, tapi sekurang-kurangnya korang tak jadi bodoh macam sekarang. Ijazah belum ditangan, masa depan masih belum menentu. Ini yang nak dijanjikan kepada mak ayah di kampung?
p/s: Korang tak kan tau tugas seorang polis kalau ayah korang bukan polis. Dah beruban penuh di kepala, tapi masih perlu bersedia menghadapi rusuhan kepada perjuangan yang apa-apa.



1 orang suka pot-pet:
kima bintang punya komen
Post a Comment