Blog

 Blog ini diberi nama cerita-angahpikah disebabkan ini cerita pasal aku.  Cerita aku sebagai Angah dalam keluarga dan cerita aku sebagai Pikah kepada kawan-kawan.  

Aku tak berniat pun nak jadikan blog aku ni sebagai pemberi info yang tepat dan tulus.  Aku hanya menulis mengikut pandangan aku tanpa menghiraukan sensitiviti sesetengah pihak. Yang pasti aku adalah penulis yang jujur dan tak pernah berpura-pura dalam menulis (tak termasuk penulisan karangan bahasa masa sekolah dulu).

Penampilan blog ini mungkin akan berubah-ubah mengikut peredaran kematangan usia aku.  Makin tua aku, makin hodoh blog aku.  Tapi jangan nilai pada rupa.  Nilai pada kandungan.  Erk?

Kepada mereka yang pernah ter'touching' dengan penulisan aku, aku mohon keampunan.  Korang boleh sound direct ja kalau tak puas hati.  Sebab aku hidup memang untuk puaskan hati semua orang.  (Mata ke atas, tangan ke dada).  Tapi aku serius, maafkan aku pada penulisan yang menyakitkan hati.  Sebab aku takut mati tanpa dapat kemaafan dari semua.

salam sayang,
AngahPikah

AngahPikah. Powered by Blogger.

Member Of The House

Copyright © / Cerita AngahPikah

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger